Sunday 23 March 2014

Nikah ku ke akhir hayat. Insya Allah. Aamiin.

(lepas nikah,dengan abi dan ibu)
Assalamuilaikum w.b.t. Hai beb, ok. Aku berkahwin pada tahun lepas. Pada tarikh 14 Sept 2014.
Seronok sangat bila bergelar isteri. Alhamdulilah. Allah kurnia kan aku insan yang terbaik untuk berada disisiku. Aku kenal dengan si dia pada penghujung tahun 2011. Tak sampai 3 bulan dia datang merisik dan kami tali pertunangan pada bulan 5 2012. Alhamdulilah. Semua berjalan dengan lancar. Aamiin.

(ini gambar masa nak ujian HIV. tak buat ujian tak boleh kahwin adik2 ye)

Kami sepatutnya berkahwin bulan 6 2013 tapi keadaan aku masa itu menghalang kami untuk berkahwin pada bulan itu. Aku start sakit daripada penghujung tahun bulan 12. Tak tahu kenapa. aku tak boleh makan. Memang totally sakit. Tak nak describe macam mana. Tapi itulah terjadi. Aku berubat merata sampai pergi ke Perak. Tempat itu nama dia Felda Gunung Besout. So kami kena pergi pagi2. Untuk dapatkan no giliran. Bayangkan sebelum subuh pergi sana tapi orang "tukang berubat" akan start berubat pukul 2. Lepas solat zohor. Hampa jugak berubat kat situ still no changes.!! Berhabis duit. Kesian si dia masa itu. Nak kahwin punya pasal gagah kan jugak. Sangat bangga dengan dia. Last2 aku berubat dengan kawan abi. Salah seorang ustaz. Alhamdulilah aku pulih seperti sediakala. Dan aku kerja kat Prima Inter-Chem sekejap bulan 4 kerja sampai bulan 8. Ok lah nak kumpul duit sikit untuk kahwin. hiihihi. 

(ini lah kami sekarang)

Alhamdulilah. Baru je m'jangkau 6 bulan, kami masih utuh dan kuat.Untuk membina keluarga yang di redhai oleh Allah swt. Insya Allah. Dalam rumahtngga ini akan mematangkan kita. Ini bukan sahaja kerana berkhawin maka lengkap lah iman. Tapi banyak yang kita kena pelajari serta perolehi dalam rumahtangga. Susah,senang,pahit dan manis kena harungi bersama. Aku sangat kagum salah seorang lelaki sanggup menjaga isteri (kak gee) sakit,banyak aku pelajari daripada dia iaitu Abg Abil. . Ce korang klik link blog dia. http://abil4fauziah.blogspot.com/ walaupun isteri telah kembali ke rahmatullah. Tapi pengorbanan yang dia lakukan tiada tolak bandingnya.(sedekah al-fatihah pada arwah kak gee) 

Cukup lah  sekadar ini p'kongsian aku untuk korang semua. Ini lah permulaan aku dengan blog. Siapa2 je boleh berikan tunjuk ajar. ok. daaa. Assalamuilaikum